Mention Me?
Saturday, January 19, 2013
Sunday, December 30, 2012
Awal & Akir
Assalamualaikum . Entry pagi ni khas buat saudara sesama Islam kita. Aku nak kongsikan doa awal dan akhir tahun. Semoga apa yang aku share ni, membawa kebaikan kepada semua :) Jom baca doa awal dan akhir tahun ! Fully credit to (Majlis Ta'lim Darul Murtadza)
Doa Akhir Tahun
Doa ini dibaca sebanyak 3 kali ketika akhir tahun baru Islam dan ia diamalkan selepas waktu Asar atau sebelum maghrib pada 29 atau 30 Dzulhijah.
Dengan doa ini kita memohon agar kita akan mengakhiri perjalanan tahun yang akan ditinggalkan ini dengan mendapatkan keampunan dari Allah S.W.T. atas perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh-Nya, dan apabila dalam tahun yang akan ditinggalkannya itu ada perbuatan-perbuatan yang diredhai oleh Allah S.W.T. yang kita kerjakan, maka mohonlah agar amal tersebut diterima oleh Allah S.W.T.
Sebaik-baiknya kita memulakan dan mengakhiri setiap doa kita dengan adab iaitu dengan puji-pujian kepada Allah S.W.T. serta selawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Semoga Allah cucurkan Rahmat dan Sejahtera atas Junjungan Nabi Muhammad S.A.W. serta keluarga dan Sahabat-sahabat baginda sekalian
Ya Allah, Wahai Tuhan kami, perkara-perkara yang telah kami lakukan daripada perbuatan-perbuatan yang engkau larang dalam tahun ini
Maka kami belum bertaubat darpadanya.
Padahal, Engkau tidak meredhai dan Engkau memang tidak lupakannya.
Dan Engkau berlembut tidak mengazabkan kami, malah memberi peluang supaya kami bertaubat selepas kami menceburkan diri melakukan maksiat itu.
Maka kami sekalian memohon keampunanMu
Ya Allah, ampunilah kami dan mana-mana perbuatan yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini.
Manakala amalan-amalan kami yang Engkau redhai dan yang telah Engkau janjikan ganjaran pahalanya,
Maka kami memohon diperkenankan akan perbuatan amal bakti yang telah kami lakukan itu
Dan janganlah Engkau menghampakan harapan kami
Ya Allah, Tuhan yang Maha Pemurah
Doa Awal Tahun
Doa ini dibaca sebanyak 3 kali ketika masuk tahun baru iaitu 1 Muharam. Boleh dilakukan selepas Maghrib atau pun sesudahnya. Dengan doa ini kita memohon kepada Allah S.W.T. agar di dalam tahun baru ini kita dapat meningkatkan amal kebajikan dan ketaqwaan kepadaNya.
Sebaik-baiknya kita memulakan dan mengakhiri setiap doa kita dengan adab iaitu dengan puji-pujian kepada Allah S.W.T. serta selawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Rahmat dan Sejahtera keatas Penghulu Kami Nabi Muhammad dan keatas keluarganya dan Sahabat-sahabat baginda sekalian.
Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang kekal selama-lamanya, sedia ada, tiada permulaan.
KelebihanMu Maha Besar dan kemurahanMu sangat-sangat diharapkan.
Tibalah sudah tahun baru, kami memohon kepadaMu agar terpelihara kami sekalian di dalam tahun baru ini daripada tipu daya syaitan-syaitan yang terlaknat.
Juga daripada kuncu-kuncu syaitan dan bala tenteranya.
Dan Kami memohon daripadaMu akan pertolongan mengalahkan runtunan nafsu amarah (Nafsu yang mendorong kepada kejahatan).
Kami memohon juga kepadaMu Ya Allah, akan rasa sedia ingin membuat kerja-kerja kebajikan yang boleh mendampingkan diri kami kepadaMu.
Ya Allah, Tuhan yang Maha Agung lagi Maha Mulia,
Ya Allah yang sebaik-baik yang mengurniakan Rahmat.
2013
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum saudara saudari saudatok saudanek sekalian :) Sedar tak sedar, sibuk shopping sakan siang tadi, aku baru ingat (1:37 pagi) yang dah masuk tahun 2013. Bukan tu je, aku pun still konpius lagi, mamai mamai ayam lagi ni. Tidur kemain lama, tu yang dok depan komputer sampai ke pagi ni. Haha!
Ya Allah, aku masih tak percaya lagi nii. Ke aku ni mimpi, ngigau? *cubit pipi 3 kali* Emm, tak lah sakit sangat, pipi aku ni tembam. "Awak-awak, betul ke dah 1/1/2013? Saya dah form 3 ke awak? Saya dah nak dekat PMR ke awak? " Haa, tipu kan?
Ehh, betul ke? :/ Dah nak PMR dah aku ni. Dah tua rupanya aku ni. Dah makin besar rupanya aku ni. AZAM! Dari haritu aku dah fikirkan azam aku. Orang selalu cakap aku cakap cakap cakap tak serupa bikin. Macam mana tu? Alah macam kita cakap tak nak bukak blog, last-last bukak juga. Haa gitulah.
InsyaAllah ! Aku akan ingat azam aku tu.
Aku fikir aku nak diactive kan akaun facebook. FIKIR lah baru. Tapi entahlah, tak dapat kata putus lagi. InsyaAllah iya, InsyaAllah tak. Kita tengok je nanti. "Tengok-tengok aku ni lebih fokuskan kat facebook dan blog je, pelajaran tunggang langgang T___T"
Ya Allah, Mohon di jauhi. Azam korang pula ape ye? Azam lepas dah tercapai ke belum? Aku belum. HIHI sebab aku tengok macam makin merosot aje. Makin merundum, jatuh bak nangka busuk. HUHU. Kalau azam awak tercapai dengan jayanya, tahniah aku ucapkan!
Akhir kata, semoga tahun lepas banyak mengajar kita untuk menjadi insan yang berguna untuk hari yang akan menyusul. Semoga kita selalu diberkati oleh-NYA. InsyaAllah, Amin Ya Rabbal Alamin :)
Wednesday, June 6, 2012
Signature Setiap Post .
Assalammualaikum ..
Signature di bawah setiap post, tutorial daripada Kak Lyssa tapi kawan Anis cakap tak boleh, okey, cuba buat yang ni pulak :) . Err, bla bla blaa..Dia tinggalkan aku, dia pergi! Aku suka dia.. Tapi, dia pergi TINGGALKAN aku!!! :'( Incik Rabbit, tolong jangan pergi.. Aku rindukan kau.. Betul betul rindukan kau!
Pergi ke Edit Html > Tick Expand Widget *Wajibb !
Tekan f3, carik kode ni ..
<data:post.body/>
Haa, jumpe kan ? :) Letak kod bawah ni di BAWAH kod <data:post.body/> ye .
<img src="Url Signature Korang" />
Warna merah tu tukar dengan url signature korang, For Syafiqah, nah aku kasi free saja, sambil dengar lagu Cun Saja .. haha .

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhrX7TWI4l2aiJ50oEmo0GkCO_sknXfXZpr9xqQNiEbkLm37cEBl_RaD02JQ3xUvgnUxkyWSZfvuTTlKEAtsuBPxoB5eWto0x2oR_W1523hygq2kEIxi6EuIicANIjzmdpmNw5dJkjaxJT4/s1600/hik.png
K babai . v^_^
Subscribe to:
Posts (Atom)







